Izan dan Norsham
Rakan sepasukan.  Yang hujung sekali tu, yang pegang benda apa ntah warna itam, budak tu power tau !!!  :-D Power apa? .. Power rooot ler.... (dia boleh main pelbagai acara spt. futsal, ping pong, bolasepak sambil pegang kamera lagi.. huhu)
Tarik tali pun dia boleh masuk, tapi kawan2 lain tak benarkan.  Harris-in-action...
Halim sedang berkata sesuatu dengan ust. Asri tatkala menyaksikan perlawanan badminton.
Mungkin Halim kata, "Saya tak puashati la duduk satu dorm dengan beberapa orang tuu... mereka asyik menyakat saya jer... " kekeke...
Sebagai pembuka tirai, ini pasukan `bole-sepak' kita.  Sungguh pun bermain bermati-matian, namun rezeki untuk menjadi juara jatuh ke tangan pasukan Sabah jua.. Apa-apa pun, tahniah dan syabas diucapkan.  Berdiri, nombor 14 dari kiri ialah diri saya..  8-)
Ini incik TEDONG, dengan gaya tersendiri bersama rakan lain.
Ini lambaian kontinjen YPJ tatkala hendak berpisah dengan negeri Melaka.  Tangisan dan deraian air mata banyak jugak melimpahi lantai bas yang dipandu oleh incik Ali (memang nama sebenar).  Sehingga memaksa incik Ali memberi mereka besen dan plastik untuk menakungnya.  (Maaf, gambar incik Ali tidak dapat disiarkan atas permintaan dari beliau sendiri, malu...auwww...)
Seorang penumpang yang hampir ketinggalan di pintu masuk Sekolah, tempat acara sukan Pesaya ke9 berlansung.
Incik Mohamed Zeen dan Pakcik Joe, ketika menunggu pesawat untuk diterbangkan balik ke Johor Bahru.
MZ : Joe, dah dekat tiga jam kita tunggu kat sini, tak terbang lagi pon pesawat nih ?
PJ :  Rileks aaa bro, tunggu je lagi, pilotnya mungkin tengah makan asam pedas lagi tuhh..
Diorang kata, asam pedas Melaka di sodap... hahaha....
Mungkin ini siri gambar penghabisan lah ya untuk menunjukkan suasana dewan tempat berlangsungnya Majlis Makan Malam, Majlis Penyampaian Hadiah dan serba sedikit persembahan.  Kepada yang berada disitu, semoga masih dapat menghimbau kenangan.
Kepada yang tidak pula, ini lah antara apa yang ada ketika itu..
Orang-orang kuat Melaka
Sebagai penghargaan kepada warga Pesaya Melaka, inilah sebahagian keceriaan yang ditunjukkan oleh mereka.  Best la berkampung ditempat abang2 dan kakak2 ni.... hehe...
Sketsa dan dialog spontan:-
Siti (bukan nama sebenar) : Yam, kao pegang la hadiah ni, untuk bergambar ...
Mariam (juga bukan nama sebenar) : Ishk, Siti ni, malu la aku, diorang kan tau, aku tak masuk acara `karom' macam kaooo....
Lagi aksi peserta kontinjen (kontinjen mana ya?.. ) melangkah lembut dengan kawan2nya..  :-D
POOMMmmmm..... bunyi `ntah_apa_kebenda_nama_nya_ntah', dipenghujung persembahan dari adik-adik dipentas.
Diakhiri dengan jemputan ke PESAYA yang akan datang.  Pahang pulak beb !!
Hari ini berkesempatan upload lagi gambar.
Kawan2 kita ambil hadiah.
En. Mohd Zeen - power juga incik ni..  :-D
Ini kawan2 yang juga berhempas pulas dalam pelbagai acara khususnya bolasepak @ sepakbola @ futsal
Baiklah, entry hari ini masih lagi berkisar tentang dewan....  :-D .  Ini baki gambar jejaka hensem dan puteri cun yang bergaya depan pintu masuk ...
Haaa.. ini pula aksi Daing dan kawan2 lain kat meja pengurus pasukan. Paling power, pemuda berkaca mata gelap tu... huhuhu...
Sedikit dialog antara abang Jaafar dan saya ketika gambar ni dibuat.
Jaapar : "Dik, orderkan saya McDonald beef burger dua ya, taruk keju & sos lebih sikit tau"
Saya   : "Banyak la engko punya burger, kat sini orang saji nasik dan lauk jer.." haha
Paling depan, cik Izan YPJH dengan aksi goyang bendera kebangsaan.
Hj. Zainudin tatkala menerima hadiah...
Ok, nantikan lagi gambar-gambar penyampaian hadiah pula ya di persembahan akan datang.. Sabar ya... [tmnut asik promosi broadband nya secara agresif... tempat saya yang dekat ni pun takde coverage... apa ler.... ] 8-)
Seperti yang dirancang, disebalik kesibukan harian, saya telah usahakan juga untuk meluangkan masa bagi meng-upload gambar-gambar yang diambil sempena Pesaya9.  Walaupun tidak berjanji, saya berazam akan menyiarkan gambar2 secara harian / berkala kerana pelbagai faktor.  Antaranya, almaklumlah, gambarnya banyak, tapi banyak juga yang tidak cantik.  Kena lah pilih-pilih juga .. Disamping gambar, saya nak cuba juga usik mengusik kawan-kawan yang ada, sekadar meriahkan suasana.  Ampun maaf dipinta terlebih dahulu yer, andaikata gurauan saya nanti terlebih-lebih pula.  (pssstt.. kalau tak berkenan, sound direct tau, nanti saya edit / remove kan balik).
Ok, sebagai pembuka entry kali ini dan bercerita tentang Pesaya9, tak boleh tidak, kita mesti tahu siapa orang kuat disebalik tabir ...  iaitulah - Tn. Hj. Zainudin Othman dan isteri.  (Macam kat tepi laut pula yer) ... dirakam, tatkala menyokong pasukan bolatampar YPJ....
Kembali semula kepada majlis malam tempohari.  Kepada kawan2 yang tak pergi, inilah gambaran dewan tempat majlis penyampaian hadiah dan persembahan berlansung.
Ini pula Ketua Kontinjen - Hj. Zainudin (batik biru) dan sebahagian bos yayasan lain.
Nampaknya Pn. Junaini sahaja yang hafal lagu yang dinyanyi bersama.  Kawan dia yang dua orang tu tengok skrip.. Pergh !!... dah lah karom terror, nyanyi pun handal la dia ...  Syabas kak..
:-D
Ini kumpulan jejaka-jejaka hensem mengambil peluang bersalaman dengan Yang Dipertua Negeri
Ni selingan jer, tatkala mengambil gambar kawan2an, baru berpusing ke belakang, terpandang 3 wanita dari ..... (dari mana ya?).. Sekali pandang macam artis, kamera tiba-tiba `snap' sendiri... hehe.. (Tapi fokus pada design baju diaorang sebenarnya...)
Ini pula gambar semua peserta dari kontinjen Yayasan Pelajaran Johor.  Gempak juga diaorang ni.. Sorang je yang tak masuk (ehem... itulah antara pengorbanan seorang fotografer.... hahaha)...
Maaf la, gambar kecik sebab ramai sangat...  :->
Terdapat 2 jurugambar untuk cover acara yang dipertandingkan.  Untuk gambar action, group dan yang lebih mantap, silalah ke laman kawan saya,  http://harrisfadzilah.fotopages.com.  Manakala gambar saya kat sini lebih kepada gambar rojak dan candid peserta YPJ aja.  Untuk kali ini saya siarkan gambar2 kaum hawa jer terlebih dahulu.  Kerana?? ... tak de apa apa, saja suka suka je..hahaha..
Ini gambar dipintu masuk Dewan Seri Negeri (Melaka), tempat dimana Majlis Penyampaian Hadiah dan Makan Malam diadakan.  Ketika ini, ramai kawan2 lain tak mau ambil gambar, ada yang segan, ada yang malu, ada yang gabra.  So, banyak ruang kosong.. hehe... (psst.. tapi lepas tu, sampai tak muat-muat lens kamera..)
Sebetulnya, saya bukannya pandai ambil gambar.  Lagi la tak pandai untuk create laman web macam ni.   Tapi demi proses pembelajaran, contribute juga lah serba sedikit apa yang ada untuk memeriahkan majlis.  Gambar-gambar yang diupload semuanya random selection sahaja.  Tak ada masa nak organize dan amat berterabur. Mudah2an ada jugalah kawan-kawan yang suka dengan paparan yang ada.
Menunggu aturcara dimulakan:-
Ditempat saya, kemudahan broadband seperti streamyx, masih belum sampai.  Jadi agak payah nak upload gambar banyak-banyak.   :-D  Sikit-sikit lah yer, lama lama jadik bukit.  hehe.  Paling kanan dalam gambar di bawah ialah Pn. Junaini.  Tak kenal? Laaa, dialah antara pemain karom handalan YPJ.  Sayapun tumpas kalau berentap dengannya.. hehehe... OK, sudi-sudikanlah komen atau memberi serba sedikit liputan tambahan ke atas gambar yang tersiar yer.  Happy viewing...